TV Jiwo Kelate

TV MP PAS
Laman: http://mppas.blogspot.com


TV13 Jiwokelate

Koleksi Rakaman


Berita Jiwo Kelate

Berita

Dari blog-blog lain

Klik di sini untuk updates blog-blog Bahasa Inggeris

Friday, October 26, 2007

Berita dan Rencana Semasa

Video Linggam-Hakim: Dewan Rakyat Tolak Usul Dr Wan Azizah cadang Kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib, semalam menolak usul 18(1) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu tertentu berkepentingan orangramai yang perlu disegerakan.

Dr Wan Azizah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pita video pendedahan bukti berbentuk video oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam perlantikan hakim-hakim Malaysia. (Selanjutnya)

Video Klip Linggam: Zaid sokong cadangan pembangkang supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuh
KUALA LUMPUR:
Seorang penyokong kerajaan mempersoalkan rasional penubuhan panel bebas khas untuk menyiasat kesahihan rakaman klip video yang kononnya membabitkan perbualan seorang peguam dengan seorang yang dikatakan hakim kanan mengenai pelantikan hakimhakim, memandangkan ia tidak mempunyai kuasa memanggil mana-mana pihak memberi keterangan.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Baru) berkata kerana ketiadaan kuasa, anggota panel khas itu hanya terpaksa bergantung kepada ihsan individu tertentu untuk memberi maklumat atau keterangan. (Selanjutnya)


Samy cadang tol naik 1 Januari 2008

PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan kertas Kabinet minggu ini mengenai keperluan menaikkan tol mulai 1 Jan seperti termaktub dalam perjanjian antara kerajaan dan para pemegang konsesi.

“Saya akan memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkara itu sahaja dan terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan,” katanya. (Selanjutnya)


Video Linggam-Hakim
: BPR janji nak ambil klip video di rumah Anwar
KUALA LUMPUR:
Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menerima klip video asal yang didakwa mengandungi rakaman perbualan seorang peguam kanan dengan seorang yang dikatakan hakim daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun penyerahannya sepatutnya dibuat hari ini.

“BPR masih menunggu rakaman asal klip video tersebut dan kita tengok apa tindakan esok kerana hari ini tarikh akhirnya,” kata Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi. (Selanjutnya)


Erra-Engku Emran selamat diijabkabulkan

PETALING JAYA
: Penyanyi dan pelakon sensasi, Erra Fazira, 33, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Engku Zainal Abidin, 32, di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, di sini, malam ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Emran yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, sah menjadi suami kepada bintang terkenal itu setelah mereka mengikat tali pertunangan pada 7 September lalu. (Selanjutnya)


Anwar: BPR tangkap 'Si Pemutar Skru' tetapi pemimpin rasuah bebas
MESKIPUN
Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak menahan beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2006, termasuk kes 'pemutar skru' di mahkamah semalam, namun bagi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibarhim perasuah di kalangan pemimpin masih dibebaskan. (Selanjutnya)


Dakwa Perasuah: Ezam percaya ada pemimpin politik terlibat
MENURUT
Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor, tindakan BPR mendakwa beberapa individu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah itu merupakan tindakan pertama yang dilakukan oleh badan pelaksana hukum khususnya BPR terhadap Laporan Ketua Audit Negara.

"Gerak melihat ini sebagai perkembangan positif dan satu tindakan yang amat signifikan dalam usaha memerangi rasuah," kata beliau dalam satu kenyataannya. (Selanjutnya)


Laporan Audit Negara: BPR digesa siasat Menteri-Menteri
ANGKATAN
Muda KeADILan (AMK) mengalu-alukan tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengheret lebih 10 pegawai bersabit dengan penyelewengan yang didedahkan melalui Laporan Audit Ketua Audit Negara 2006.

Kenyataan Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan, bahawa BPR tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyiasat dakwaan penyalahgunaan perbelanjaan kementerian dan jabatan kerajaan, wajar didahului dengan menjalankan siasatan ke atas menteri-menteri yang terlibat, katanya.

Ini termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman Said; Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil, katanya. (Selanjutnya)


No comments: