TV Jiwo Kelate

TV MP PAS
Laman: http://mppas.blogspot.com


TV13 Jiwokelate

Koleksi Rakaman


Berita Jiwo Kelate

Berita

Dari blog-blog lain

Klik di sini untuk updates blog-blog Bahasa Inggeris

Sunday, December 20, 2009

Dasar Pakatan Rakyat dilulus sebulat suara

Dasar Pakatan Rakyat telah diluluskan sebulat suara dalam konvensyen pertamanya pada jam 5.30 petang 19 Disember 2009 bersamaan 2 Muharram 1431 Hijrah bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam Selangor.

Sokongan sebulat suara itu kelihatan amat jelas apabila semua perwakilan berdiri dan mengangkat tangan tanda bersetuju apabila ditanya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan cadangan Lim Kit Siang.

Dokumen itu kemudiannya ditandatangani oleh tiga pemimpin utama Pakatan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Dasar Pakatan Rakyat berupa dokumen yang dipersetujui bersama di kalangan pimpinannya dan diluluskan sebulat suara dalam konvensyen hari ini.

Ia mengandungi empat perkara asas iaitu demokrasi yang telus dan tulin, memacu ekonomi berprestasi tinggi, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan - negeri dan dasar luar negara