TV Jiwo Kelate

TV MP PAS
Laman: http://mppas.blogspot.com


TV13 Jiwokelate

Koleksi Rakaman


Berita Jiwo Kelate

Berita

Dari blog-blog lain

Klik di sini untuk updates blog-blog Bahasa Inggeris

Friday, October 26, 2007

Berita dan Rencana Semasa

Video Linggam-Hakim: Dewan Rakyat Tolak Usul Dr Wan Azizah cadang Kerajaan tubuh Suruhanjaya Diraja
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib, semalam menolak usul 18(1) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan isu tertentu berkepentingan orangramai yang perlu disegerakan.

Dr Wan Azizah mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pita video pendedahan bukti berbentuk video oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu penyalahgunaan kuasa dan campur tangan dalam perlantikan hakim-hakim Malaysia. (Selanjutnya)

Video Klip Linggam: Zaid sokong cadangan pembangkang supaya Suruhanjaya DiRaja ditubuh
KUALA LUMPUR:
Seorang penyokong kerajaan mempersoalkan rasional penubuhan panel bebas khas untuk menyiasat kesahihan rakaman klip video yang kononnya membabitkan perbualan seorang peguam dengan seorang yang dikatakan hakim kanan mengenai pelantikan hakimhakim, memandangkan ia tidak mempunyai kuasa memanggil mana-mana pihak memberi keterangan.

Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Baru) berkata kerana ketiadaan kuasa, anggota panel khas itu hanya terpaksa bergantung kepada ihsan individu tertentu untuk memberi maklumat atau keterangan. (Selanjutnya)


Samy cadang tol naik 1 Januari 2008

PUTRAJAYA: Kementerian Kerja Raya akan mengemukakan kertas Kabinet minggu ini mengenai keperluan menaikkan tol mulai 1 Jan seperti termaktub dalam perjanjian antara kerajaan dan para pemegang konsesi.

“Saya akan memaklumkan kepada Kabinet mengenai perkara itu sahaja dan terpulang kepada Kabinet untuk membuat keputusan,” katanya. (Selanjutnya)


Video Linggam-Hakim
: BPR janji nak ambil klip video di rumah Anwar
KUALA LUMPUR:
Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak menerima klip video asal yang didakwa mengandungi rakaman perbualan seorang peguam kanan dengan seorang yang dikatakan hakim daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun penyerahannya sepatutnya dibuat hari ini.

“BPR masih menunggu rakaman asal klip video tersebut dan kita tengok apa tindakan esok kerana hari ini tarikh akhirnya,” kata Pengarah BPR Datuk Ahmad Said Hamdan ketika dihubungi. (Selanjutnya)


Erra-Engku Emran selamat diijabkabulkan

PETALING JAYA
: Penyanyi dan pelakon sensasi, Erra Fazira, 33, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Engku Emran Engku Engku Zainal Abidin, 32, di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, di sini, malam ini.

Dengan hanya sekali lafaz, Emran yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, sah menjadi suami kepada bintang terkenal itu setelah mereka mengikat tali pertunangan pada 7 September lalu. (Selanjutnya)


Anwar: BPR tangkap 'Si Pemutar Skru' tetapi pemimpin rasuah bebas
MESKIPUN
Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak menahan beberapa orang yang mempunyai kaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2006, termasuk kes 'pemutar skru' di mahkamah semalam, namun bagi Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibarhim perasuah di kalangan pemimpin masih dibebaskan. (Selanjutnya)


Dakwa Perasuah: Ezam percaya ada pemimpin politik terlibat
MENURUT
Pengerusi GERAK, Ezam Mohd Noor, tindakan BPR mendakwa beberapa individu yang dikaitkan dengan dakwaan rasuah itu merupakan tindakan pertama yang dilakukan oleh badan pelaksana hukum khususnya BPR terhadap Laporan Ketua Audit Negara.

"Gerak melihat ini sebagai perkembangan positif dan satu tindakan yang amat signifikan dalam usaha memerangi rasuah," kata beliau dalam satu kenyataannya. (Selanjutnya)


Laporan Audit Negara: BPR digesa siasat Menteri-Menteri
ANGKATAN
Muda KeADILan (AMK) mengalu-alukan tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengheret lebih 10 pegawai bersabit dengan penyelewengan yang didedahkan melalui Laporan Audit Ketua Audit Negara 2006.

Kenyataan Ketua Pengarah BPR, Dato' Ahmad Said Hamdan, bahawa BPR tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyiasat dakwaan penyalahgunaan perbelanjaan kementerian dan jabatan kerajaan, wajar didahului dengan menjalankan siasatan ke atas menteri-menteri yang terlibat, katanya.

Ini termasuklah Menteri Belia dan Sukan, Dato' Seri Azalina Othman Said; Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien dan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil, katanya. (Selanjutnya)


Wednesday, October 24, 2007

Berita dan Rencana Semasa

Kes Klip Video Linggam: Lebih 10 orang disoal siasat
PUTRAJAYA
23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menyoal siasat lebih 10 individu termasuk mereka yang disebut namanya dalam klip video kononnya merakamkan perbualan telefon seorang peguam kanan mengenai pelantikan hakim.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan enggan mengesahkan sama ada ia termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. (Selanjutnya)

Maahad Tahfiz terbakar dapat perhatian MB, Exco
PASIR PUTEH, 23 Okt - Nasib malang 96 pelajar Maahd Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dekat sini yang kehilangan tempat belajar akibat kebakaran pagi semalam turut mendapat perhatian Menteri Besar.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menghulurkan sumbangan peribadinya sebanyak RM10,000 kepada kepada mudir sekolah terbabit, Ustaz Ahmad Suzani Jaafar. (Selanjutnya)

Semak daftar pemilih segera mulai hari ini hingga 29 Oktober 2007, arah SPR
KUALA LUMPUR, 23 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai hari ini hingga 29 Oktober di 866 lokasi di seluruh negara lapor Bernama.

SPR dalam kenyataannya semalam berkata, warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat menyemak daftar pemilih itu. (Selanjutnya)

Kebebasan SPR tidak bertindak sesuka hati
KUALA LUMPUR:
Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan (IC) sama ada nombornya mempunyai lapan atau 12 angka dan nama mereka terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Mereka akan tetap dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa). (Selanjutnya)

Kelantan catat pendapatan per kapita paling rendah, kata PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kelantan mencatatkan pendapatan per kapita paling rendah iaitu hanya RM7,500 berbanding negeri-negeri lain bagi tahun 2005.

Perdana Menteri berkata negeri yang mencatat pendapatan per kapita paling tinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu RM36,597, diikuti Pulau Pinang (RM27,391), Terengganu (RM27,140) dan Selangor (RM23,333). (Selanjutnya)

Mafrel: Kemas kini daftar pemilih tidak lengkap
PETALING JAYA:
Sebuah badan bebas pemantau pilihan raya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hasil kemas kini maklumat pemilih antara suruhanjaya itu dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dijalankan bulan lalu.

Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) juga tidak yakin maklumat dalam talian antara suruhanjaya dengan jabatan itu kerana data-data JPN didakwa tidak sepenuhnya lengkap. (Selanjutnya)

Tiada bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini
IPOH
23 Okt. – Kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, tiada perubahan dengan pendirian dan kenyataan yang dibuat berhubung perkara itu sebelum ini. (Selanjutnya)

10 didakwa menipu -- Dituduh seleweng dana awam seperti didedah Ketua Audit Negara
KUALA LUMPUR
23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mendakwa 10 orang termasuk sembilan kakitangan kerajaan di mahkamah di tiga negeri atas tuduhan yang mempunyai kaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2006.

Esok pula, seorang lagi pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan didakwa di Seremban atas tuduhan yang sama. (Selanjutnya)

Tuesday, October 23, 2007

Berita dan Rencana Semasa

Kerajaan tidak bercadang gubal akta khas untuk tangani Bloggers
KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi tidak bercadang untuk menggubal akta khas bagi menangani masalah penulisan blog yang negatif, kata Timbalan Menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Shaziman menjawab soalan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS - Tumpat) yang dijadualkan pada 15 November nanti. (Selanjutnya)

Polis boleh siasat pegawai dera tahanan ISA
Keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan aktivis Abdul Malek Husin dibayar RM2.5 juta, antaranya kerana didera semasa dalam tahanan, boleh dijadikan asas oleh PDRM untuk menyiasat tindakan salah laku di kalangan anggotanya yang melakukan perbuatan 'mengaibkan' itu, kata Datuk Shahrir Abdul Samad, pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). (Selanjutnya)

Salahuddin: Institusi Kehakiman korup dan sistem penyampaian lemah. (Selanjutnya)

Nik Aziz: Islam acuan PAS tetap pilihan rakyat Kelantan
KOTA BHARU
: PAS, dalam menghadapi pilihan raya umum ke-12 nanti, yakin perjuangan Islam mengikut acuannya masih diterima oleh rakyat Kelantan di sebalik perjuangan Umno yang berlandaskan pembangunan.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu mempunyai keyakinan dan kekuatan dalam memperjuangkan Islam untuk meraih kepercayaan rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. (Selanjutnya)

Monday, October 15, 2007

Berita dan Rencana Semasa

RM 4 juta belanja isytihar Badaraya Kuala Terengganu
MPKT menyediakan peruntukan kira-kira RM4 juta sempena perisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya 1 Jan depan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Terengganu Husain Embong berkata seluruh bandar akan diperindahkan dengan tumpuan diberikan terhadap landskap, kebersihan dan menambah lampu hiasan. (Selanjutnya)

PAS tetap harap Suruhanjaya Diraja ditubuhkan siasat Tragedi Batu Buruk
PAS Terengganu masih berharap agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi mengambil tindakan yang serius terhadap penjenayah sebenar yang terlibat dengan peristiwa berdarah di Batu Buruk pada 8 September lalu. (Selanjutnya)

Menteri diminta tumpu pulih kredibiliti Badan Kehakiman
Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ambiga Sreenevasan hari ini menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz supaya memberi tumpuan kepada isu memulihkan kredibiliti badan kehakiman berbanding tumpuan kepada peguam dan mereka yang membuat pendedahan atau pemberi maklumat. (Selanjutnya)

Wednesday, October 10, 2007

Berita dan Rencana Semasa

Insiden Batu Buruk: Suhakam kutuk polis guna peluru hidup!
ImageKUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Hasil siasatan awal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati berlakunya keganasan polis terhadap orang awam semasa perhimpunan di Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September lalu menjadi tidak terkawal sehingga berlakunya rusuhan.

Demikian antara kenyataan media yang dibacakan Suruhanjaya Suhakam, Dato' N Siva Subramaniam pada sidang media di pejabat Suhakam petang semalam. (Selanjutnya)


PAS ajak Umno bincang isu orang muda

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat menjemput pergerakan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan bersama berhubung beberapa isu yang menyentuh kepentingan generasi muda negara ini.

Ketuanya Salahudin Ayub berkata sejak kebelakangan ini banyak isu nasional telah dibangkitkan ke pengetahuan rakyat dan sewajarnya kedua-dua sayap parti politik utama mewakili orang Melayu di negara ini berjumpa dan bersama-sama mengatasinya. (Selanjutnya)

"Kami buat untung pada bank tapi bank rompak kami" - Pekerja bank
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Kira-kira 1000 pekerja bank di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang terdiri dari ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mengadakan piket di hadapan Menara Maybank bagi menuntut tiga perkara daripada majikan mereka iaitu bonus, elaun sara hidup dan kenaikan gaji 30 peratus. (Selanjutnya)

Pelajar Indonesia alami 'trauma' operasi Rela, jenayah
PETALING JAYA: Pelajar-pelajar Indonesia di negara ini mulai rasa tidak selamat dan "trauma" dengan beberapa kejadian, termasuk meningkatnya kejadian jenayah dan operasi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) terhadap mereka.

Mereka juga bingung dengan status penggunaan I-Kad, dokumen khusus untuk pengenalan diri pelajar luar negara sebagai menggantikan pasport tetapi tidak diketahui di kalangan sesetengah pegawai polis dan Rela. (Selanjutnya)


Tuesday, October 9, 2007

Berita dan Rencana Semasa

Salahuddin utus surat kepada Hishamuddin bincang isu perpaduan Melayu dan Perpaduan Nasional

Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, telah mengutus sepucuk surat kepada rakan sejawatannya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, bagi menawarkan untuk duduk bersama berbincang isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional. (Selanjutnya)

Nazri akui tiada undang2 Perlindungan Saksi

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui Rang Undang-undang Perlindungan Saksi masih lagi dalam proses penggubalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau berhasrat mengemukakan perkara tersebut di mesyuarat mingguan Kabinet esok. (Selanjutnya)

Nik Aziz cadang hukuman lebih keras

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa menggubal hukuman yang lebih keras untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab.

Beliau berkata kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi di negara ini dilihat berpunca daripada longgarnya pelaksanaan undang-undang dan sikap pemandu yang seolah-olah tidak lagi takut dengan hukuman. (Selanjutnya)

Tidak ada sebarang Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan di Malaysia?

Sebagai Menteri Undang-undang apakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz tidak tahu bahawa tidak ada sebarang Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan di Malaysia?

Kegusaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) melambangkan kegusaran rakyat dalam keadaan sudah ketara di Malaysia ini bahawa wujud campurtangan berleluasa eksekutif di dalam urusan kehakiman yang sepatutnya tidak berlaku di dalam sebuah negara yang mendaulatkan amalan demokrasi berparlimen di bawah doktrin pengasingan kuasa. (Selanjutnya)

Monday, October 1, 2007

Berita dan rencana

'Jika tidak terima, saya akan dipecat'

Menurut seorang bekas presiden Majlis Peguam, itulah alasan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Omar mengapa beliau mesti mempengerusikan tribunal khas yang membawa kepada pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988. (Selanjutnya)

Polls banners torn down, UM hand seen

‘Anti-establishment’ students stopped a van belonging to the Third Residential College after seeing the passengers pull down campaign banners. (Full story)

Kontroversi Sharifah Hapsah, Saran Kaur dan gaji Prof RM8 juta!

Majoriti kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), termasuk para profesor kanan, semakin tidak berpuas hati dan resah-gelisah dengan gaya pentadbiran Naib Canselor, Prof Dato' Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Harakah edisi cetak akan membuat pendedahan lebih menggemparkan tentang satu lagi isu yang hangat diperkatakan sekarang, iaitu pelantikan Prof Dr Tan Hock Lim, dari Universiti Adelaide, Australia, bagi menubuhkan Anvanced Surgical Skills Center di Hospital UKM. Ini kerana ia membabitkan perbelanjaan hampir RM8 juta hanya untuk gaji Dr Tan! (Selanjutnya)

Peniaga mengeluh harga kelapa naik

Baru-baru ini pengguna dikejutkan dengan harga ayam naik dengan mendadak, kini harga kelapa pula dinaikkan dengan tiba-tiba daripada tujuh sen hingga 15 sen sebiji atas alasan pembekal menaikkan harga. (Selanjutnya)