Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, telah mengutus sepucuk surat kepada rakan sejawatannya Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien, bagi menawarkan untuk duduk bersama berbincang isu perpaduan Melayu dan perpaduan nasional. (Selanjutnya)
Nazri akui tiada undang2 Perlindungan Saksi
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengakui Rang Undang-undang Perlindungan Saksi masih lagi dalam proses penggubalan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau berhasrat mengemukakan perkara tersebut di mesyuarat mingguan Kabinet esok. (Selanjutnya)
Nik Aziz cadang hukuman lebih keras
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa menggubal hukuman yang lebih keras untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab.
Beliau berkata kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi di negara ini dilihat berpunca daripada longgarnya pelaksanaan undang-undang dan sikap pemandu yang seolah-olah tidak lagi takut dengan hukuman. (Selanjutnya)
Tidak ada sebarang Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan di Malaysia?
Sebagai Menteri Undang-undang apakah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Aziz tidak tahu bahawa tidak ada sebarang Akta Perlindungan Saksi yang dikuatkuasakan di Malaysia?
Kegusaran Angkatan Muda Keadilan (AMK) melambangkan kegusaran rakyat dalam keadaan sudah ketara di Malaysia ini bahawa wujud campurtangan berleluasa eksekutif di dalam urusan kehakiman yang sepatutnya tidak berlaku di dalam sebuah negara yang mendaulatkan amalan demokrasi berparlimen di bawah doktrin pengasingan kuasa. (Selanjutnya)
1 comment:
her.... assalamualaikum... pemilik nlog jiwo kelate comel nyo web.samo jiwa dgn kawe... leh add site ni x? http://reunionunic.wordpress.com sama2 tegakan pemimpin ulamak...
Post a Comment