KUALA LUMPUR, 10 Okt (Hrkh) - Hasil siasatan awal Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati berlakunya keganasan polis terhadap orang awam semasa perhimpunan di Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September lalu menjadi tidak terkawal sehingga berlakunya rusuhan.
Demikian antara kenyataan media yang dibacakan Suruhanjaya Suhakam, Dato' N Siva Subramaniam pada sidang media di pejabat Suhakam petang semalam. (Selanjutnya)
PAS ajak Umno bincang isu orang muda
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat menjemput pergerakan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan bersama berhubung beberapa isu yang menyentuh kepentingan generasi muda negara ini.
Ketuanya Salahudin Ayub berkata sejak kebelakangan ini banyak isu nasional telah dibangkitkan ke pengetahuan rakyat dan sewajarnya kedua-dua sayap parti politik utama mewakili orang Melayu di negara ini berjumpa dan bersama-sama mengatasinya. (Selanjutnya)
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Hrkh) - Kira-kira 1000 pekerja bank di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang terdiri dari ahli Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) mengadakan piket di hadapan Menara Maybank bagi menuntut tiga perkara daripada majikan mereka iaitu bonus, elaun sara hidup dan kenaikan gaji 30 peratus. (Selanjutnya)
Pelajar Indonesia alami 'trauma' operasi Rela, jenayah
PETALING JAYA: Pelajar-pelajar Indonesia di negara ini mulai rasa tidak selamat dan "trauma" dengan beberapa kejadian, termasuk meningkatnya kejadian jenayah dan operasi Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) terhadap mereka.
Mereka juga bingung dengan status penggunaan I-Kad, dokumen khusus untuk pengenalan diri pelajar luar negara sebagai menggantikan pasport tetapi tidak diketahui di kalangan sesetengah pegawai polis dan Rela. (Selanjutnya)
No comments:
Post a Comment