Kes Klip Video Linggam: Lebih 10 orang disoal siasat
PUTRAJAYA 23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah menyoal siasat lebih 10 individu termasuk mereka yang disebut namanya dalam klip video kononnya merakamkan perbualan telefon seorang peguam kanan mengenai pelantikan hakim.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan enggan mengesahkan sama ada ia termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. (Selanjutnya)
PASIR PUTEH, 23 Okt - Nasib malang 96 pelajar Maahd Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dekat sini yang kehilangan tempat belajar akibat kebakaran pagi semalam turut mendapat perhatian Menteri Besar.
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menghulurkan sumbangan peribadinya sebanyak RM10,000 kepada kepada mudir sekolah terbabit, Ustaz Ahmad Suzani Jaafar. (Selanjutnya)
Semak daftar pemilih segera mulai hari ini hingga 29 Oktober 2007, arah SPR
KUALA LUMPUR, 23 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai hari ini hingga 29 Oktober di 866 lokasi di seluruh negara lapor Bernama.
SPR dalam kenyataannya semalam berkata, warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat menyemak daftar pemilih itu. (Selanjutnya)
Kebebasan SPR tidak bertindak sesuka hati
KUALA LUMPUR: Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan (IC) sama ada nombornya mempunyai lapan atau 12 angka dan nama mereka terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah layak mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.
“Mereka akan tetap dibenarkan untuk mengundi dalam pilihan raya umum ke-12 akan datang,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa). (Selanjutnya)
Kelantan catat pendapatan per kapita paling rendah, kata PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Kelantan mencatatkan pendapatan per kapita paling rendah iaitu hanya RM7,500 berbanding negeri-negeri lain bagi tahun 2005.
Mafrel: Kemas kini daftar pemilih tidak lengkap
PETALING JAYA: Sebuah badan bebas pemantau pilihan raya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hasil kemas kini maklumat pemilih antara suruhanjaya itu dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dijalankan bulan lalu.
Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) juga tidak yakin maklumat dalam talian antara suruhanjaya dengan jabatan itu kerana data-data JPN didakwa tidak sepenuhnya lengkap. (Selanjutnya)
Tiada bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini
IPOH 23 Okt. – Kerajaan tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, tiada perubahan dengan pendirian dan kenyataan yang dibuat berhubung perkara itu sebelum ini. (Selanjutnya)
10 didakwa menipu -- Dituduh seleweng dana awam seperti didedah Ketua Audit Negara
KUALA LUMPUR 23 Okt. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini mendakwa 10 orang termasuk sembilan kakitangan kerajaan di mahkamah di tiga negeri atas tuduhan yang mempunyai kaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara 2006.
Esok pula, seorang lagi pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan didakwa di Seremban atas tuduhan yang sama. (Selanjutnya)
1 comment:
Great post thank yyou
Post a Comment