Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan satu klip video mengenai seorang peguam kanan sedang berbincang melalui telefon, yang didakwanya, dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim-hakim. (Selanjutnya)
Belanjawan Negara: Kelantan dizalimi berbelas kali
Secara kebetulan, sewaktu bajet 2008 sedang dibentangkan, saya sedang mentelaah maksud Surah Al Ahqaaf Ayat 29 – 35 mengenai kisah serombongan jin. (Selanjutnya)
Jabatan Audit mahu SOP lemah dibaiki
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara akan mengesan kelemahan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu diperbaiki bagi menghasilkan laporan kewangan yang sempurna pada peringkat kementerian dan kerajaan negeri. (Selanjutnya)
Laporan Audit: MB Perlis punyai tunggakan bil air lebih RM200 ribu
KANGAR: Menteri Besar Perlis telah tersenarai di antara 10 pengguna yang mempunyai tunggakan bil air paling tinggi di negeri Perlis, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara ke atas Pengurusan Bekalan Air oleh Jabatan Kerja Raya. (Selanjutnya)
Change your lifestyle again?
PUTRAJAYA: Malaysians will have to face the reality that the prices of some goods, including foods, are on the increase. The people will have to make adjustments to their spending to cushion the impact of global price trends, Datuk Seri Najib Razak said. (Full story)
Tol naik lagi?
PUTRAJAYA: Kerajaan, menerusi Kementerian Kerja Raya, sedang menggubal skim baru untuk konsesi tol masa depan. Menteri berkenaan Datuk Seri S. Samy Vellu berkata hari ini skim baru itu akan memberi faedah kepada syarikat konsesi lebuh raya, pembiaya, kerajaan, dan lebih penting, pengguna. (Selanjutnya)
PAS dan DAP, gabungan sementara untuk pilihan raya?
Jelasnya, apa yang penting adalah pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Alternatif (BA) menentang calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang. (Selanjutnya)
Pelajar SAR tidak jumud, yang jumudnya pemikiran PM!
KUALA LUMPUR: "Kenyataan Abdullah seolah-olah menghina bapanya sendiri yang juga bekas pelajar SAR , begitu juga beberapa orang ulama dalam Umno seperti Tan Sri Abdul Hamid Othman, Tan Sri Yusuf Noor, Dato' Abdullah Mat Zin yang juga lahir daripada SAR.
"Secara tidak langsung mereka yang berada dalam Umno seharusnya rasa terhina dengan kenyataan Abdullah sedangkan mereka ini sudah mendapat tempat dalam kerajaan," demikian tegas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. (Selanjutnya)
Scomi rai warga NSTP berbuka puasa
KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 kakitangan kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) diraikan Kumpulan Scomi Bhd (Scomi) pada majlis berbuka puasa di Balai Berita, di sini, semalam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Shah Hakim Zain, berkata majlis itu diadakan untuk beramah mesra dengan media, sekali gus sebagai tanda penghargaan kepada sokongan NSTP terhadap kumpulan Scomi. (Selanjutnya)
Shooting at election talk, can the real media please stand up?
Two people, Suwandi Abdul Ghani, 37, and Muhamad Azman Aziz, 21 suffered from gun shot wounds as a result of the confrontation in Terengganu on 8-9 September at what was to be a gathering to talk about free and fair elections. (Full text)
Sistem e-Kesihatan terdedah kepada penyelewengan
PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung langkah oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan sistem pemeriksaan kesihatan yang baru untuk pemandu kenderaan perdagangan yang dikenali sebagai e-Kesihatan. Sistem ini melibatkan penggunaan perkhidmatan ‘orang tengah,’ Supremme System Sdn. Bhd., dan pemandu perlu membayar RM80 untuk ujian perubatan apabila memperbaharui atau memohon untuk mendapatkan lesen mereka. (Selanjutnya)
Pegang kata-kata KPDNHEP ini!
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyangkal dakwaan pembekal dan peruncit mengenai kenaikan harga minyak masak dan tepung gandum berikutan timbul khabar angin mengatakan bekalan barangan itu tidak mencukupi. Ketua Penguat kuasa KPDNHEP Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, berkata sehingga kini, kerajaan tidak memutuskan sebarang kenaikan harga terhadap minyak masak dan tepung gandum, malah ia masih dijual pada harga siling yang ditetapkan. (Selanjutnya)
Pembunuh sangat kejam, tidak berperikemanusiaan
KUALA LUMPUR: Pembunuh yang bertanggungjawab terhadap kematian seorang kanak-kanak perempuan yang mayatnya dibogelkan dan disumbat dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya dekat sini semalam disifatkan sebagai sangat kejam. (Selanjutnya)
10,000 poster diedar cari Nurin
KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 poster kanak-kanak perempuan yang hilang sejak tiga minggu lalu, Nurin Jazlin Jazimin, 8, diedarkan kepada pengguna Lebuh Raya Karak di Plaza Tol Gombak, di sini, semalam sebagai usaha mengesan kanak-kanak itu. (Selanjutnya)
Kalau keletihan, jangan puasa, Mufti Perlis nasihat pemandu bas ekspres
KANGAR: Pemandu bas jarak jauh yang keletihan semasa bertugas sepanjang Ramadan diharuskan berbuka puasa lebih awal jika langkah itu lebih mendatangkan kebaikan kepada dirinya dan penumpang, kata Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (Selanjutnya)
Kuih raya tidak dapat sambutan?
KUALA LUMPUR: Peniaga kuih raya di sekitar ibu kota mulai gelisah apabila hasil jualan kurang menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Menurut mereka, biasanya permintaan terhadap kuih raya begitu ketara sejak permulaan bulan Ramadan tetapi kali ini keadaan agak berbeza. (Selanjutnya)
Jins janji bentang isu artis Indonesia ke Dewan Negara
PERMASALAHAN dalam dunia muzik tanah air, termasuk lambakan penyanyi luar terutama dari Indonesia yang kerap disiarkan oleh segelintir stesen radio swasta boleh dikemukakan ke Dewan Rakyat tetapi dengan syarat mereka yang terbabit mestilah mengemukakan perkara itu secara bertulis. Sehubungan itu, Senator Tan Sri Jins Shamsudin yang mewakili karyawan seni tanah air menjelaskan, adalah tidak benar isu berkaitan dengan masalah membabitkan karyawan muzik dipinggirkan oleh Parlimen. (Selanjutnya)
No comments:
Post a Comment