TV Jiwo Kelate

TV MP PAS
Laman: http://mppas.blogspot.com


TV13 Jiwokelate

Koleksi Rakaman


Berita Jiwo Kelate

Berita

Dari blog-blog lain

Klik di sini untuk updates blog-blog Bahasa Inggeris

Tuesday, September 11, 2007

Berita

Mohamad Sabu dan Salahuddin serah memorandum kepada KPN di Bukit Aman hari ini

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan mengetuai pimpinan PAS dan NGO's akan menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara mengenai keganasan anggota polis dalam insiden di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Memorandum tersebut akan diserahkan hari ini (12 September) jam 12.00 tengahari di Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Kuasa Undi masyarakat Cina gerunkan Polis - Husam

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Kuasa undi masyarakat Cina dan sensitiviti politik mereka menggerunkan polis tetapi tidak dua pemuda Melayu dari negeri yang rakyatnya adalah kedua termiskin di Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. (selanjutnya)

Kes dadah adik Timbalan Menteri pindah ke Mahkamah Tinggi

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan satu lagi kes dadah melibatkan adik timbalan menteri persekutuan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Caroline Bee Majanil memindahkan kes pemilikan dadah Mohd Jusnaidi Omar ke Mahkamah Tinggi ekoran permohonan timbalan pendakwa raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin sebelum ini supaya kes itu didengar bersama dengan satu lagi kes di Mahkamah Tinggi. (Selanjunya)

Persatuan Ayam ugut kerajaan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP) meminta Persatuan Ayam dan Itik Perak (PADIP) berbincang dengan kementerian mengenai tindakannya menaikkan harga ayam siap proses dan bukannya dengan mengugut kerajaan.

Setiausaha parlimen kementerian itu Hoo Seong Chang berkata ini kerana ayam merupakan barang kawalan dan mana-mana pihak tidak boleh menaikkan harga barang sewenang-wenangnya. (Selanjutnya)

Rasuah: Hakim Syariah bebas dengan jaminan BPR

IPOH: Seorang hakim Mahkamah Syariah di sini, yang didakwa menerima suapan berjumlah RM4,200 bagi mempercepat proses penyelesaian dua kes, dibebaskan dengan jaminan Badan Pencegah Rasuah selepas tempoh reman empat hari terhadapnya berakhir hari ini.

Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret, Wong Lok Hai, pada Jumaat lepas telah mengeluarkan perintah tahanan reman empat hari itu walaupun BPR memohon untuk menahan hakim berkenaan bagi tempoh maksimum 14 hari. (Selanjutnya)

No comments: